Surau Bangunan PERKIM

1
Surau Bangunan PERKIM merupakan tempat beribadat yang khusus bagi kemudahan untuk umat Islam yang  menunaikan kewajipan rukun Islam kedua iaitu sembahyang lima waktu sehari semalam apabila tiba waktunya.

Surau tersebut terletak di aras G, Bangunan PERKIM Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh), Kuala Lumpur di mana ianya menjadi pusat bagi umat Islam yang berkunjung ke pejabat, gerai makan, pameran di PWTC, klinik serta bank di sekitar Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Rahmat dan Jalan Sentul.

Antara kemudahan surau tersebut ialah mempunyai pendingin hawa, tempat berwuduk, kipas, Al-Quran dan sebagainya.

Surau Bangunan PERKIM tidak dijadikan Surau Jumaat kerana faktor ketidak sesuaian dan keluasannya yang agak terhad.

Surau tersebut turut diimarahkan dengan pelbagai program yang dianjurkan oleh PERKIM, MAIWP dan organisasi atau perseorangan seperti Tadarus Al-Quran, solat sunat Hari Raya Aidilfitri, solat sunat Hari Raya Aidiladha, solat sunat tarawih, forum perdana, bacaan Yasin, tahlil dan sebagainya.

Selain itu, surau itu turut menjadi tempat latihan praktikal solat dengan cara yang betul dan fardu ain kepada para mualaf yang baru memeluk Islam.

Majlis ilmu Kuliah Zohor Surau Bangunan PERKIM diadakan pada setiap hari Selasa waktu 1.00 tengah hari dengan membicarakan kupasan Kitab Huraian Hadis-Hadis Hukum yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Rauf Abdul Aziz dari Institut Kemahiran Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pengurusan Surau Bangunan PERKIM dibawah kelolaan Jawatankuasa Surau PERKIM yang dipengerusikan oleh Penolong Setiausaha Agung PERKIM, Datuk Haji Hasbullah L. Isa.

Ustaz Ahmad Muhammad merupakan imam yang ditugaskan untuk mengetuai ibadah solat, ceramah agama dan hal ehwal berkaitan dengan surau.

2

7

3

5

4

6

Back to top button