ASDAF
Asrama Darul Falah (ASDAF)
No 535/10, Cangkat Persekutuan
Bukit Persekutuan,
50480, Kuala Lumpur
PERKIM telah memilih kanak-kanak dari kalangan masyarakat Asli untuk bersekolah di bandar. Atas seba inilah, PERKIM telah menubuhkan sebuah hostel di Kuala Lumpur yang dinamakan Asrama Darul Falah (ASDAF).
ASDAF telah ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 di mana pengambilan pertama adalah 6 orang pelajar terdiri 4 lelaki dan 2 perempuan dari suku Semelai di Negeri Sembilan. Sekarang, bangunan ASDAF telah didiami lebih kurang 60 orang pelajar dari suku Semai, Bateq, Mahmeri, Semelai, Temuan dan Temiar. Kebanyakan daripada mereka adalah anak yatim dan datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan.
Objektif :
Menyediakan pendidikan akademik yang rasmi kepada masyarakat Asli dengan menghantar mereka ke sekolah menengah dan rendah sehingga ke pusat pengajian tinggi.
Membantu kerajaan dalam memperbaiki kehidupan masyarakat Asli.
PERKIM menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan secara berterusan.
Pentadbiran dan kewangan
ASDAF ditadbir oleh ahli jawatankuasa sendiri di mana keahliannya terdiri dari orang perseorangan yang bergiat dalam pelbagai bidang dan profesional. Keahlian yang terbaru adalah seramai 16 orang. Ahli jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mencari sumbangan melalui derma untuk menampung pengurusan di ASDAF. Lebih daripada 80% daripada kewangan di asrama ini diperolehi melalui derma. Di samping itu juga, 2 agensi kerajaan turut memberi bantuan bagi meningkatkan lagi taraf di asrama ini.
Pencapaian
1. Kemasukan 2 orang pelajar ke IPTA melalui keputusan SPM.
2. Keputusan SPM pelajar-pelajar di sini amat memuaskan. Setiap tahun, lebih kurang 95% pelajarnya lulus dalam peperiksaan tersebut.
3. Bagi mereka yang kurang berjaya, ASDAF turut membantu mereka dalam mencari peluang pekerjaan. Ini juga dapat membantu keluarga mereka.
Kerjasama daripada IPPKKL dan ASKEN
ASDAF mendapat kerjasama yang baik dan kuat daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sejak dari tahun 1998 lagi dan seterusnya ASDAF diambil sebagai hostel angkat bagi menjaga keselamatan dan pembangunan.
Di samping itu juga, Syarikat Perniagaan dan Perkhidmatan ASKEN juga turut menolong ASDAF dengan mengambilnya sebagai asrama angkat menerusi aktiviti-aktiviti syarikat ini.
Rancangan Jangka Panjang
Dalam merealisasikan visi ASDAF sebagai pusat pendidikan dan pembangunan bagi masyarakat Asli, pelbagai kutipan derma dan sumbangan dijalankan bagi membina bangunan asrama, ruang tamu, bilik belajar, bilik komputer dan perpustakaan.
SENARAI AHLI JAWATANKUASA ASDAF 2013 – 2015
Penasihat
Tn. Hj. Yaakob bin Lazim
Pengerusi Tetap
Hj. Muhamed Kaddyran b. Abdul Salam
Timbalan Pengerusi Tetap
En. Mohd Karim b. Mohd Isa
Pengerusi
Dr. Hasri b. Samion (Dakwah)
Naib Pengerusi
Tuan Hj. Abdul Razak b. Idris (Pengurusan)
Setiausaha Kehormat
Ustaz Zulyadain b. Mohd Radzi
Bendahari Kehormat
Puan Siti Zaleha bt. Mat Diah (Pengurusan)
Ahli Jawatankuasa
Tuan Hj. Junet b. Busra (Dakwah)
Dato’ Paduka Hj. Md. Isa b. Hussin (Dakwah)
Tuan Hj. Mohamed Zain b. Ibrahim (Pendidikan)
Tuan Hj. Ismail Atan b. Hussin (Pendidikan)
Puan Hjh. Maharani bt. Mohd Jais (Pendidikan)
Puan Salmah bt. Karman (Pengurusan)
Puan Esah bt. Aman (Pendidikan)
Cikgu Zainal Fetri b. Hj. Sutim (Pengambilan Pelajar)
En. Mohd Amerol Anas b. Shaharom (Briged Dakwah)
Pemeriksa Kira-Kira 1
Abd Ghani b. Shafawi (Pendidikan)
Pemeriksa Kira-Kira 2
En. Mohd Faiz b. Fayi (Dakwah)
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi :
Pengetua
Asrama Darul Falah (ASDAF)
No. 535/10, Changkat Persekutuan
Bukit Persekutuan
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-22831009
Faks : 03-22833084
SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN
Akaun Maybank ASDAF
564146531574 (ASRAMA DARUL FALAH PERKIM)