Pusat Pemulihan Komuniti Strok PERKIM (SCORE)

Score logo
Waktu beroperasi : Waktu Pejabat
Tingkat Bawah, Blok 37, Flat Seri Perak,
Jalan 1/48A Bandar Baru Sentul,
51100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40412482, 40417722 Fax : 03-40427403
Email : info@perkim.net.myDengan Kerjasama DBKL UM Cares

 

 

Pengenalan

Pusat Pemulihan Komuniti Strok PERKIM (SCORE) terletak di Tingkat Bawah, Blok 37,  Flat Seri Perak, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan pada 23 Julai 2016. SCORE memberi perkhidmatan pemulihan khusus kepada pesakit strok serta pesakit yang baru keluar daripada hospital dan memerlukan khidmat terapi dan sosial susulan.


APA ITU PEMULIHAN STROK?

Matlamat pemulihan strok adalah untuk membantu pesakit-pesakit strok mempelajari semula kemahiran yang telah hilang selepas mengalami strok. Harapan pemulihan adalah untuk melihat pesakit berdikari dan meningkatkan kualiti hidup.

Proses Pemulihan Strok Melibatkan…

Pakar Perubatan Pemulihan
Mereka merancang pelan rawatan dan pemulihan yang sesuai untuk para pesakit. Mereka juga membantu mengekalkan gaya hidup sihat pesakit untuk mengelakkan serangan strok pada masa hadapan.

Jururawat Pemulihan
Mereka membantu menggabungkan kemahiran yang dipelajari dalam bentuk fizikal, pekerjaan dan terapi pertuturan untuk diadaptasikan ke dalam rutin harian pesakit.

Fisioterapis
Fisioterapis memberikan perkhidmatan latihan fizikal untuk mempromosi dan memulihkan kecergasan pesakit supaya dapat hidup bebas berdikari. Ia termasuk memberi latihan kemahiran teras seperti latihan pengukuhan otot, latihan mobiliti seperti belajar berjalan dengan penggunaan alat bantu, pelbagai terapi pergerakan dan latihan serta pendidikan untuk penjaga kepada pesakit.

Aktiviti Pemulihan

FISIOTERAPI
Pesakit akan mempelajari kemahiran baru atau mempelajari semula kemahiran yang berkaitan dengan aktiviti kehidupan harian.

Aktiviti Pemulihan 2

TERAPI PERTUTURAN
Pakar terapi pertuturan memberi khidmat pengurusan dan penilaian kebolehan pesakit dari segi pertuturan, berbahasa, berkomunikasi dan menelan. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan kebolehan pesakit menelan makanan.

BILA MASA YANG SESUAI UNTUK MENJALANI SESI PEMULIHAN STROK?
Sesi pemulihan akan memberi manfaat yang terbaik apabila ia dilakukan seawal mungkin untuk memulihkan kembali kemahiran hidup.

DI MANA SESI PEMULIHAN STROK AKAN DILAKUKAN?
Sesi pemulihan boleh diteruskan secara pesakit luar apabila pesakit boleh berdikari pada tahap tertentu. Para jurupulih juga boleh memberi perkhidmatan pemulihan dalam jangka masa yang panjang pada peringkat komuniti.

BERAPA LAMA PROSES PEMULIHAN STROK DILAKUKAN?
Tempoh bergantung pada tahap strok yang dialami pesakit serta komplikasi berkaitan. Namun, dedikasi pesakit merupakan pendorong utama dalam mempercepatkan proses pemulihan.

 

Maklumat lanjut sila rujuk risalah SCORE dan strok dengan hanya klik pada ikon pdf pdf_icon  pdf_icon
Back to top button